Followers

Friday 18 September 2015

TENTANG SEKOLAH


SEJARAH SKBRP

 Sekolah Kebangsaan  Bukit Rahman Putra telah siap dibina dan diserahkan secara rasmi oleh pihak kontraktor kepada pihak pentadbir sekolah pada tahun 2000 . Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan  3 tingkat , 1 blok bangunan 4 tingkat , sebuah padang dan kantin . Sekolah ini pernah memenangi  Sekolah Harapan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2008 .

Senarai Guru Besar :
1. Pn Hjh Norbaiti Bt Marim
2. Pn Hjh Azizah Bt Abd Mutalib
3. Tn Hj Majid Bin Madon
4. En Ayub Bin Md  Rasyid
5. En Taufek Bin Mohamed

SAYANGI SEKOLAH NILAI UTAMA
KEBERSIHAN MENJADI AMALAN BERSAMA
BERBUDI BAHASA SEPANJANG MASA
RAMAH MESRA ELOK PEKERTI
PERIBADI MULIA DISANJUNG TINGGI


BIODATA SEKOLAH
NAMA SEKOLAH     : Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra
KOD SEKOLAH         : BBA7233
ALAMAT SEKOLAH : Bukit Rahman Putra , 47000 Sungai Buloh , Selangor
LAMAN WEB           : http://www.skbrp.edu.my
EMAIL                      : bba7233@btpnsel.edu.my
NO. TELEFON          : 0361562454
NO.FAKS                  : 0361562187
GURU BESAR          : En Taufek Bin Mohamed



VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI
Membentuk insan yang harmonis , berdaya kreatif yang dapat mengaplikasikan teknologi maklumat , bersatu padu , bertoleransi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan



MOTTO
Berilmu Beramal Berbudi


LAGU SEKOLAH
Berilmu Beramal Berbudi
Cogan kata sekolah kita
Murid dan guru rela berbakti
Majulah SK Bukit Rahman Putra
Bersama tingkatkan pengetahuan
Menuju era teknologi
Hadapi cabaran dan rintangan
Tekadkan azam sematkan di hati
Marilah wahai anak bangsaku
Bersatu eratkan pengetahuan
Jayakan wawasan suci dan murni
Ke arah pencapaian cemerlang
Berilmu Beramal Berbudi
Cogan kata sekolah kita
Murid dan guru rela berbakti

Majulah SK Bukit Rahman Putra

LENCANA SKBRP
KOMPUTER DAN ORANG TUKANG

Membentuk insan yang celik IT dan berpengetahuan mengenai maklumat terkini di samping kepelbagaian kemahiran juga diterapkan kepada murid-murid .

BUKU DAN LIMA GELUNG

Ilmu pengetahuan menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat yang berilmu 
.
BIRU

Melambangkan masyarakat sekolah yang berbudaya penyayang dan sentiasa menjalinkan semangat perpaduan .

JINGGA

Melambangkan masyarakat sekolah yang sentiasa bersedia menerima serta meningkatkan ilmu serta kemahiran untuk mencapai kesejahteraan hidup pada masa hadapan berteraskan wawasan negara .

PUTIH

Melambangkan kesucian dan kebersihan yang menjadi asas keperibadian insan yang berketerampilan


KAWASAN SKBRP














































































MURID TAHUN 6 SKBRP 2015